Tuesday 10 January 2012

MEE UDANG SUNGAI DUA


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...terlaksana juga hasrat dihati nak masak Mee Udang Sungai Dua sendiri. Tak payah susah-susah ke Kepala Batas, Penang..sebuah restoran yg sangat terkenal dan ramai orang-orang terkenal datang ke restoran ni..Sekarang kat rumah sendiri pun boleh makan..Tapi makan kat sana lagi terasa kenikmatannya..maklumlah makan orang belanja ni kenikmatannya lain cket..hikhik..Bila terpandang Kak Azlita Aziz buat Mee Udang Sg. Dua hari tu, hati yus meronta-ronta ingin mencuba juga..Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hasrat hati ini..dan paling best dapat pujian dari suami tercinta :)
Buat Kak Azlita, yus minta izin share kat sini ye..


MEE UDANG SUNGAI DUA
By : Puan Zaiton
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku

1 kg mee kuning ~ dicelur
2 tangkai daun bawang ~ di hiris halus
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris
3 biji telur rebus ~ di belah
3 biji limau nipis ~ di belah
sedikit bawang goreng

Bahan Kuah :
3 ulas bawang merah ~ dikisar
8 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
3 batang serai ` dikisar
2 sudu besar cili kisar atau cili boh
230 gm udang kering ~ kisar
2 kg keledek ~ direbus dan di lenyek halus
1/2 kg kentang ~ direbus dan dilenyek halus
2 biji telur ayam
sedikit paste tomyam ~ ita guna 1 kiub tomyam
Perencah sup tulang
3 ekor udang galah ~ ita guna udang biasa
Garam dan gula secukup selera

Cara membuatnya :

Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang hingga naik bau
Masukkan semua bahan yang di kisar dan masak hingga garing
Bila terbit minyak masukkan cili dan tumis lagi hingga garing
Masukkan udang kering masak lagi selama 2 minit
Kemudian masukkan keledek damn kentang lenyek tadi
Tambahkan sedikit air jikalau kuah agak pekat
Masukkan telur ayam, paste tomyam, perencah sup tulang dan kacau hingga sebati
Masukkan garam dan gula mengikut selera
Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang
Masak lagi hingga udang di masak dengan sempurna
Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama.



2 comments:

  1. Mee udang ni bukak berapa lama dah? Sejak tahun berapa lg ada x antara thun 1990-2000? Saya hendak mengkaji dari pra universiti.
    Segera

    ReplyDelete
  2. Mee udang ni bukak berapa lama dah? Sejak tahun berapa lg ada x antara thun 1990-2000? Saya hendak mengkaji dari pra universiti.
    Segera

    ReplyDelete