Saturday 14 January 2012

ASAM PEDAS DAGING


Assalamualaikum...

Dua hari lepas kecoh pasal seorang manusia yg 'bijak tetapi bodoh' mencuri gambar-gambar masakan dari blog-blog masakan orang lain tanpa meminta izin terlebih dulu. Lebih menyakitkan hati lagi, manusia ni siap buat buku resepi sendiri..kononnya semua resepi ni dia yg masak..Gambar pun siap mengaku dia yg punya..Orang lain bersusah payah, mana nak masak, nak ambil gambar lg, dia senang-senang je cilok-mencilok..Kepada saudara Mofabisa, insaf-insaf lah yer setelah kena 'bisa' oleh blogger-blogger masakan..Jangan nak salahkan orang lain kalau kesalahan diri sendiri tu dah terang-terang terbukti..
Ini lah buktinya...http://www.facebook.com/mofabisa.travel

Ok, kita tinggalkan saudara Mofabisa ni dulu..Buat menyakitkan hati je..huhu..Ermm hari ni yus masak Asam Pedas Daging..dah lama rasanya tak makan asam pedas daging ni, selalunya ikan je kan..Dulu masa study kat Melaka, selalu jugak pergi kenduri kahwin kat sana. Antara menu yg dihidangkan adalah Asam Pedas Daging..Perghh memang sedappp...makan banyak pulak tu, eiii tak malunya..hehehe..

ASAM PEDAS DAGING

Bahan-bahan:
500 gm daging - dipotong kecil
2 biji tomato - dibelah 4
Seikat daun kesum
2 cawan air
1 cawan air asam jawa
3 sudu makan minyak masak
garam dan gula secukup rasa
1 kiub daging
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk

Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inc lengkuas
1 1/2 inc halia
3 btg serai
1 inc belacan
2 helai daun limau purut

Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
Masukkan daging dan biarkan sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kiub daging dan biarkan seketika sehingga daging masak dan empuk.
Kemudian masukkan garam, gula, daun limau purut, daun kesum, tomato dan lada hitam yg ditumbuk. Biarkan reheh sehingga pekat dan pecah minyak.
Angkat dan hidangkan.

KANGKUNG GORENG UDANG


Assalamualaikum...

Ermm dah lama rasanya tak makan kangkung goreng..selalunya kangkung ni yus goreng belacan je, tapi kali ni goreng bersama udang dan campur dengan tauge..Kebetulan ada tauge sesat kat dalam peti ais tu..untuk mengelakkan pembaziran, yus campur sekali dengan kangkung ni. Ramai yg tahu kangkung ni banyak khasiat, antaranya adalah dapat meneutralkan racun yang diakibatkan oleh makanan seperti kes-kes makanan yang basi. Caranya cukup mudah, kangkung dibersihkan terlebih dahulu dan kemudian dipotong kecil untuk dikisar. Minum air kisaran kangkung tadi dengan perlahan-lahan sebanyak segelas ataupun dua gelas mengikut keperluan.

KANGKUNG GORENG UDANG
Sumber : Yusliza Lailatushalah

Bahan-bahan :
Kangkung - dipotong dan dicuci
10 ekor udang
3 ulas bawang putih - diketuk
1/2 labu bawang besar - dipotong bulat
1 biji lada merah - dipotong
1 biji tomato - dibelah 4
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan sos tiram dan udang. Masak sehingga udang separuh masak, kemudian masukkan kangkung, lada merah, bawang besar, kicap dan juga sedikit air. Apabila kangkung sedikit layu, masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Akhir sekali masukkan tauge dan juga tomato. Siap untuk dihidangkan..







Wednesday 11 January 2012

GULAI AYAM KAMPUNG NANGKA MUDA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung Pinkitchen..

Khasiat Ayam Kampung :

Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yg dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan.
Ayam Kampung yang diternak melalui kaedah lepas atau free-range adalah lebih tahan lasak dan membesar secara semula jadi. Dengan itu, ayam-ayam kampung ini dapat menyerap segala nutrisi yang perlu untuk pembesaran yang sihat dan kesannya dapat memberikan ayam-ayam ini tumbesaran yang sihat, kurang berlemak dan bebas bahan kimia.

Melalui cara ini, kita boleh memperolehi daging ayam kampung yang rendah kolesterol dan lemak, tetapi kaya dengan protein dan karbohidrat.

Pembesaran ayam kampung tidak dipengaruhi oleh hormon pembesaran, di mana fungsinya untuk mempercepatkan pembesaran ayam untuk tujuan pengeluaran awal. Di sini, kami menjalankan sistem pembesaran ayam yang semula jadi. Memang kelemahan ayam kampung adalah pembesarannya yang memakan masa, tetapi kebaikan dan khasiatnya tiada tandingan.

Mengenai rawatan, ayam kampung lebih diberikan herba dan vitamin semula jadi. Kaedah kami langsung tidak menggunakan sebarang antibiotik yang merbahaya seperti sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Atau nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Ianya sangat memberi kesan kepada pertumbuhan minda kita, boleh menyebabkan mati pucuk serta mandul dan juga menjadi punca utama kepada kanser rahim serta kanser payudara.

Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, adanya penggunaan hormon atau antibiotik akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan kita. Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser. "Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. Tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.

Menurut kajian, kulit ayam tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun kerana kesan suntikan dan tiada pendedahan pada cahaya matahari. Ini sangat berbeza dengan ayam kampung yang dipelihara secara semula jadi yang mempunyai keistimewaan boleh menjauhkan risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.


GULAI AYAM KAMPUNG NANGKA MUDA
Sumber : Yusliza Lailatushalah


Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam kampung
6 biji bawang merah - tumbuk kasar
3 biji bawang putih - tumbuk kasar
1 inci halia - tumbuk kasar
1/2 inci lengkuas - tumbuk kasar
1/2 inci kunyit hidup - tumbuk kasar
2 sudu besar cili kisar*
1 paket rempah kari ayam adabi* (dicampur bersama dgn sedikit air)
1 sudu besar kerisik
Santan
Nisan
2 keping asam gelugur
Sedikit garam dan gula secukup rasa
Nangka muda yg telah dicelur

Cara-cara :

Tumis bahan yg ditumbuk kasar sehingga kekuningan. Masukkan rempah kari ayam yg dicampur dengan cili kisar. Masak sehingga garing.
Bila garing masukkan ayam. Masak sehingga ayam separuh masak dan pecah minyak. Tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan santan, asam keping.
Masak sehingga mendidih dengan api perlahan (tutup periuk).
Ayam kampung ni isi dia agak pejal sedikit jadi kena rebus agak lama jugak lebih kurang setengah jam.
Bila nampak isi ayam dah hampir empuk, masukkan kerisik, nisan, garam, gula.
Akhir sekali masukkan nangka muda yg telah dicelur tadi..Masak sehingga mendidih sekali lagi.

Tuesday 10 January 2012

MEE UDANG SUNGAI DUA


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...terlaksana juga hasrat dihati nak masak Mee Udang Sungai Dua sendiri. Tak payah susah-susah ke Kepala Batas, Penang..sebuah restoran yg sangat terkenal dan ramai orang-orang terkenal datang ke restoran ni..Sekarang kat rumah sendiri pun boleh makan..Tapi makan kat sana lagi terasa kenikmatannya..maklumlah makan orang belanja ni kenikmatannya lain cket..hikhik..Bila terpandang Kak Azlita Aziz buat Mee Udang Sg. Dua hari tu, hati yus meronta-ronta ingin mencuba juga..Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hasrat hati ini..dan paling best dapat pujian dari suami tercinta :)
Buat Kak Azlita, yus minta izin share kat sini ye..


MEE UDANG SUNGAI DUA
By : Puan Zaiton
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku

1 kg mee kuning ~ dicelur
2 tangkai daun bawang ~ di hiris halus
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris
3 biji telur rebus ~ di belah
3 biji limau nipis ~ di belah
sedikit bawang goreng

Bahan Kuah :
3 ulas bawang merah ~ dikisar
8 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
3 batang serai ` dikisar
2 sudu besar cili kisar atau cili boh
230 gm udang kering ~ kisar
2 kg keledek ~ direbus dan di lenyek halus
1/2 kg kentang ~ direbus dan dilenyek halus
2 biji telur ayam
sedikit paste tomyam ~ ita guna 1 kiub tomyam
Perencah sup tulang
3 ekor udang galah ~ ita guna udang biasa
Garam dan gula secukup selera

Cara membuatnya :

Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang hingga naik bau
Masukkan semua bahan yang di kisar dan masak hingga garing
Bila terbit minyak masukkan cili dan tumis lagi hingga garing
Masukkan udang kering masak lagi selama 2 minit
Kemudian masukkan keledek damn kentang lenyek tadi
Tambahkan sedikit air jikalau kuah agak pekat
Masukkan telur ayam, paste tomyam, perencah sup tulang dan kacau hingga sebati
Masukkan garam dan gula mengikut selera
Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang
Masak lagi hingga udang di masak dengan sempurna
Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama.