Wednesday 26 October 2011

BENDI GORENG BERLADA


Bahan-bahan :

Bendi
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 sudu besar cili kisar
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Tumis bawang merah dan bawang puteh yg telah ditumbuk kasar.
Masukkan cili kisar sampai pecah minyak.
Pecahkan sebiji telur dan kacau - jangan terlalu hancur. 
Masukkan sedikit air.
Perasakan dgn gula dan garam.
Masukkan bendi.
Masukkan bawang besar.
Masak sehingga bendi masak.
 

Tuesday 25 October 2011

STRAWBERRY PANNA COTA


Sumber : Kak Azlita Aziz 

Bahan-bahan :

7 gm gelatin
3 camca besar air
2 1/2 cwn strawberries fresh milk
1/4 cawan gula halus
1 camca teh esen strawbery
6 biji strawbery - dipotong dadu
6 biji strawbery - dikisar untuk purinyer



Sedikit jelly konyaku segera - buat ikut cara pada peket jelly konyaku cuma lebihkan sedikit air supaya mendapat tekstur yg lembut.

Bancuh galatin bersama air hingga larut

Masak susu segar bersama gula sehingga timbul buih2 kecil
Angkat susu dari api dan masukkan esen strawbery serta larutan galetin.
Tunggu sehingga sejuk sedikit dan tuang 1/2 dalam gelas lutsinar.
Masukkan dlm pet ais selama 4 jam.
Letakkan kiub strawbery dan jelly konyaku, dan tuang semula baki susu dan simpan dalam peti sejuk semalaman
Bila telah keras letakkan puri strawbery diatasnyer. Makan sejuk2 memang best!


Monday 24 October 2011

KARI IKAN TONGKOL


Resepi : Yusliza Lailatushalah

Bahan A :

1 ekor ikan tongkol
5 keping asam gelugor
1/4 gula melaka
2 sudu kecil garam kasar 
air

Bahan B :

8 ulas bawang merah
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 paket rempah kari ikan Adabi
2 sudu besar cili kering kisar
2 keping asam gelugor
10 biji cili padi merah dan hijau
santan
gula melaka
garam dan gula

Cara-cara :

Rebus bahan A sehingga masak, renihkan selama setengah jam. Biarkan semalaman.
Kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk.
Tumiskan bawang merah, lengkuas dan kunyit hidup yg telah ditumbuk kasar.
Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan pes rempah kari yg telah dicampur dgn cili kisar. Masak sehingga terbit minyak.
Masukkan santan dan asam gelugor. Kacau sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan tongkol tadi.
Masukkan cili padi.
Biarkan sehingga mendidih dan masukkan gula melaka.
Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan.