Saturday 31 December 2011

LONTONG SINGAPORE


LONTONG SINGAPORE

Dihidang bersama:
Nasi Impit
Sambal bilis
Serunding Daging
Telur puyuh rebus

Bahan Kisar:
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 cawan udang kering - rendam dulu biar lembut

Bahan di atas dikisar dan ditumis.

1/2 kg udang hidup - dibuang kulit
1/2 kg santan pekat
2 asam keping

Bahan Sayuran:
kacang panjang
sengkuang - potong memanjang
bunga kubis
kubis - dihiris kasar
3 keping tauhu lembut
3 keping tempe - potong dadu dan digoreng
suun dan fucuk - rendam hingga lembut
1 batang lobak merah - potong memanjang

Tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak. Setelah terbit minyak masukkan sedikit air, santan dan asam keping. Masukkan isi udang. Masak dan biarkan hingga mendidih (kacau selalu supaya santan tak pecah minyak) masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kemudian barulah masukkan bahan sayuran, suun dan fucuk.
Masukkan tempe dan tauhu.
Setelah masak, hidangkan bersama nasi impit, sambal bilis, serunding daging dan telur rebus.

Friday 30 December 2011

AYAM SOS PLUM



AYAM SOS PLUM
sumber : K.Nor@SecubitGaram
resipi olahan dari Ayam Sos Plum by Diana@Melley Mey

Bahan:
800 gm ayam ~ dipotong kecil
2 biji mangga mudah ~ disagat panjang
sedikit hirisan daun ketumbar ~ utk ditabur

Bahan Perap:
2 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu kecil garam

Bahan A:
5 ulas bawang merah ~ dicincang
3 ulas bawang putih ~ di ketuk dan dicincang
1 in halia ~ diketuk dan dicincang
3 biji cili merah ~ dibuang biji dan dicincang
5 - 7 biji cili api hijau ~ dihiris

Bahan B:
3 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tiram
garam
gula

Cara:
Perapkan ayam bersama bahan2 perap selama 30 min atau lebih.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak (tp jgn sampai garing). - tun bakar 200 C, 20 mini
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan lebih kurang 5 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing.
Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak.
Ambil sebahagian dari bahan tumisan dan ketepikan.
Masukkan ayam dan hirisan mangga muda kedalam kuali dan gaul hingga rata. (tinggalkan sedikit hirisan mangga muda utk ditabur atas hidangan nanti)
Goreng seketika supaya rempah tumisan menyerap ke dalam isi ayam.
Angkat dan hidangkan atas pinggan.
Letakkan bahan tumisan yg diasingkan tadi dan tabur lebihan hirisan mangga muda.
Taburkan pula hirisan daun ketumbar dan sedia utk dimakan.

APAM BELANG




APAM BELANG

4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml susu segar
1 sudu teh baking powder 

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna (warna pink+strawberry emulco, warna chocolate+chocolate emulco, vanila)
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)



Thursday 29 December 2011

CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE


Assalamualaikum...

Hari ni bermula operasi meng'update' entri yang tertangguh..walaupun dah masuk 2012, tapi entri 2011 belum habis lagi di'update'..Disebabkan masa tak mengizinkan untuk bercakap panjang lebar, kita terus layan resepi Chilled Blueberry Cheesecake ni..Rasa chilled ni memang sedapppp, macam rasa Yogurt Tutti Fruitti..hurmmm sedap tu...


CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan Base :
150 gm biskut oreo (kisar halus)
2 sudu besar butter (suhu bilik)

Bahan Cream :
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt (perisa blueberry)
100 gm gula kastor

1 1/2 camca besar gelatin halal
125 ml air suam


Hiasan :
250 gm Filling blueberry
1 s/b air suam

Cara-cara :
Gaulkan biskut oreo dengan butter dan tekankan dalam loyang.
Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
Masukkan yogurt dan kacau rata
Masukkan larutan gelatin dan kacau sebati.
Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
Hidangkan.



Wednesday 28 December 2011

CURRY CHICKEN PIE


Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni, rajin pulak yus mencuba resepi baru. Bersemangat betul..hehe..Memandangkan loyang pie dalam almari tu tak pernah digunakan walaupun dah berbulan-bulan lamanya yus beli..Ni lah akibatnya kalau pergi kedai peralatan membaking, memang rambang mata dibuatnya. Semuanya yus nak beli..memang rasa tak sempurna hidup kalau tak beli apa-apa..hehe..So hari ni yus ambil kesempatan mencuba Curry Chicken Pie hasil selongkar dapur Kak Azlita..Gandingan ayam dengan rempah kari, dicampur pulak dengan kentang, cendawan dan mix vegetable..perghhh marvelous..!! Jom kita layan Curry Chicken Pie..


CURRY CHICKEN PIE
Adaptasi daripada resepi Chicken Pie
Sumber : Pu3bay dan Azlita Aziz

Doh :

230 gm butter
350 gm tepung gandum
secubit garam halus
1 sudu kecil gula halus
sedikit air ice


Gaulkan tepung dengan gula halus  dan garam hingga rata.
Masukkan butter. Butter ni pastikan dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil2 kalau ia macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.
Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan sedikit2 air ais. Masukkan air ais tu sesudu dulu kalau adunan dah boleh lembut dam mudah di bentuk dah tak payah letak air ais lagi kalau masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada dua.
Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam.

Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh.
Adunan pie yg dah siap ni kita balut balik dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais sementara kita buat lapik tutup pie pula.
Canai pula adunan yang satu lagi dengan kaedah yg sama.
Ini adalah untuk membuat penutup pie kita.
Potong dengan roller cutter anggaran 1 cm lebar dan panjangnya biarlah dapat menutupi pie tadi.

Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
Buat secara mengayam tikar iaitu berselang-seli.
Atau boleh bungkus sahaja permukaan pie tadi dengan doh yang kita canai nipis.


Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.




Inti Pie

1 biji kentang - potong dadu dan di goreng
2 ketul bahagian dada ayam - di potong dadu
mix vegetable
cendawan butang

Bahan Tumis

1 labu bawang besar  di dadu
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
gula - secukup rasa
garam - secukup rasa
1 sudu besar rempah kari
1 kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung - larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air

Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar bawang putih hingga naik bau.
kemudian masukkn bahan rempah kari dan ayam masak hingga ayam empuk.
Tambahkan stock ayam , garam dan gula secukup rasa.
Kemudian barulah masukkan kentang, cendawan butang dan mix vegetable.
Perasakan semuanya.
Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih sehingga menjadi pekat

Sejukkan inti pie.

Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit.
Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.

Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie.

Tuesday 27 December 2011

SUP BELUT


Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi untuk hari ini..

Sungguhpun ramai yang tidak 'sudi' makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat. Spesis belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Spesis ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Hurmm..sebenarnya yus sendiri pun agak geli dengan belut ni..tapi alhamdulillah anak tekak ni boleh telan. Cuma part potong belut ni yus tak boleh buat..apatah lagi nak tengok yang hidup-hidup..uwaaaa..Semua keja ni MIL dan SIL yus yang buatkan..yus just terima yang telah dipotong dan dibersihkan. Yus cuma masak je..hehehe..Ok, jom kita layan resepi Sup Belut ni..

SUP BELUT

Bahan-bahan :

Belut - dipotong kecil dan dibersihkan dgn air asam jawa.
6 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 labu bawang besar - dibelah 4
2 inci halia - diketuk
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 sudu kecil lada hitam
1 sup bunjut
10 biji cili padi - diketuk
garam dan gula secukup rasa
daun sup
daun bawang

Tumiskan bawang merah, bawang putih dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga serta lada hitam sehingga bawang garing.
Masukkan air.
Kemudian masukkan halia dan sup bunjut.
Apabila mendidih, masukkan belut.
Garam dan gula secukup rasa.
Masukkan cili padi, bawang besar.
Renihkan sup.
Hidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup.