Thursday, 9 February 2012

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE WITH CREAM CHEESE

 
SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE WITH CREAM CHEESE

Sumber : Rahel & Dj Dayang Jack

loyang 7" griskan dan alas dengan baking paper

Bahan kek coklat:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (Rahel guna brand Tudor)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dr peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau myk jagung atau mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara-cara :
1.Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat & serbuk koko
   di dalam bekas besar.Masukkan tpg susu,garam dan gula perang.Kemudian
   kacau rata-rata.
2.Masukkan air sejuk,minyak masak,esen vanila dan coffe emulco/chocolate
   emulco.Kacau perlahan-lahan dg whisk.Pastikan adunan tidak berketul.
3.Akhir sekali,masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

Bahan Lapisan Keju:
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling

Cara-cara:
1.Panaskan air dalam periuk pengukus.
2.Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
3.Ambil satu bahagian adunan kek coklat,tuang ke dalam loyang dan kukus
   selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
4.Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
   sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
5.Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan.
6.Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling dipermukaan adunan
   cream cheese tadi.Kukus lagi selama 15 minit.
7.Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
   dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.

Bahan Untuk Topping Ganache:

100 g coklat masak (dipotong kecil2)
125 ml susu segar/susu perisa coklat
50 g butter (dipotong kecil2)
4 sb madu (boleh juga digantikan dgn gula perang atau gula biasa)


Cara-cara :


Satukan kesemua bahan di dlm periuk/saucepan, dan masak dgn api perlahan. Gunakan kaedah double boil. Kacau sehingga kelihatan pekat. Tutupkan api, dan kacau lagi sebati. Setelah agak suam sedikit, bolehlah dicurahkan ke atas kek tadi (pastikan kek tu sejuk terlebih dahulu). Selamat mencuba!







2 comments:

  1. sedapnya..tringin nak try....tq share resepi

    ReplyDelete
  2. salam kenal... very d moist choc cake tu... mengancam jiwa raga gitu..

    ReplyDelete