Friday 2 December 2011

KEPAH MASAK MERAH BERSERAI



Assalamualaikum...

Sempena di pagi Saiyyidul Ayyam ini membawa keberkatan kita semua dalam meneruskan kehidupan seharian. Alhamdulillah, kerana masih dipinjamkan lagi nyawa untuk hari ini. Selawat dan salam atas junjungan..semoga mendapat keberkatan di pagi Jumaat yang mulia ini.

Mungkin ramai yang telah menikmati kepah masak merah atau lala masak merah atau yang sewaktu dengannya. Disebabkan baru-baru ni kami menjamu selera di Tanjung Lumpur, Kuantan dengan bermacam hidangan antaranya Lala Masak Serai. Bila dah balik rumah terbayang-bayang pulak keenakkan lala tu..terasa nak makan lagi..lagi..lagi dan lagi. Tetiba semalam encik suami belikan kepah..Kepah pun kepah lah, asalkan rasanya lebih kurang sama je dengan lala. Hari ni kiranya tercapai lah hajat dihati..

Bermula lah aktiviti jalan-jalan cari resepi kat dapur Masam Manis, selongkar punya selongkar akhirnya dapat jugak resepi Lala Masak Merah Berserai. Resepi asalnya adalah Udang Masak Merah Berserai oleh Pak Engku dan telah diolah oleh Kak Ita sendiri..Tapi disebabkan ini kepah, jadilah Kepah Masak Merah Berserai. Alhamdulillah resepi ni tak mengecewakan yus dan suami..sedap dan terasa keenakkan kepah dan kuahnya tu..Dah jadi menu kegemaran kami berdua. Terima kasih kepada Kak Ita kerana sudi berkongsi resepi yang marvelous ni. Yus minta izin share kat sini pulak ye..

Kepah Masak Merah Berserai

Sumber : Pak Engku & Azlita Aziz

1 kg kepah dicuci bersih
6 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
10 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar
2 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos tiram
3 helai daun limau purut
3 batang serai - dititik
200 ml air
100 ml minyak masak
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis
1 biji cili - dihiris

Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar hingga naik minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan serai, tumis lagi hingga garing.
Tuangkan sedikit air masukkan daun limau purut dan kiub ikan bilis. Biarkan hingga mendidih.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah agak pekat.
Masukkan kepah , kuatkan api, tutup kuali dan biarkan ia masak anggaran 5-10 minit. Buka tutup kuali kacau sebati. Akhir sekali masukkan cili hiris, daun ketumbar dan daun sup. Tutup api dan siap untuk hidangan.

No comments:

Post a Comment