Friday 23 December 2011

AYAM MASAK KANDAR


AYAM MASAK KANDAR

Resipi : Kak Nieza
Sumber : Kak Yatie & Kak Nor

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong kecil
1/2 cawan kicap pekat
1 s/k gula merah
2 s/b kerisik
3 keping asam keping
3 s/b rempah kari ayam
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 sudu mkn sos tiram
2 s/b plain yogurt
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji buah tomato dipotong 4
1 kiub ayam
garam secukup rasa

Bahan Kisar :
15 tangkai cili kering- Yatie guna 1/2 cwn cili kisar
3 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/kjintan manis
1 s/k jintan putih

Bahan Tumis :
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis

Minyak masak
1 ulas bawang putih- hiris
2 ulas bawang merah hiris


Cara-cara masak:
Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.

Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya.
Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.

Thursday 22 December 2011

NASI TOMATO

(gambar ihsan : google)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Walllaaa..tayang menu kegemaran nampak..hehe :) Sebelum ni yus masak Nasi Tomato dengan menggunakan puri tomato, mengikut resepi mama tersayang. Selalunya Nasi Tomato ni kami makan dengan Daging Masak Kerutuk, Ayam Masak Merah dan Pajeri Nenas. Untuk resepi kali ni ada kelainan sedikit iaitu menggunakan buah tomato dan sos tomato. Tapi ianya tetap menyelerakan dan menepati citarasa yus sekeluarga. Bukannya susah untuk membuat nasi tomato, caranya lebih kurang sama je dengan nasi minyak atau beriani..cuma nasi tomato ni ditambah dengan buah tomato kisar dan sos tomato. Tapi kali ni yus hidangkan dengan lauk Ayam Masak Kandar dan Acar Mentah@Jelatah..

 

NASI TOMATO

Bahan-bahan :

500 g beras basmathi (dibersihkan dan direndam selama 10 minit dan ditoskan)
4 biji tomato (dikisar)
500 ml air
125 ml susu cair
3 sudu makan sos tomato kimball
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan minyak masak
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit kacang gajus (option)
sedikit kismis (option)
1 biji bawang besar (dihiris)
sedikit bawang goreng






Cara-cara :

Panaskan minyak sapi dan minyak masak dan tumis bahan menumis hingga wangi.
Masukkan beras dan goreng sekejap hingga rata.
Masukkan sos tomato, tomato kisar, air, susu dan daun pandan.
Tanak nasi seperti biasa.
Setelah masak taburkan buah gajus, kismis, bawang goreng.

Wednesday 21 December 2011

CHEDDAR CHEESE MUFFIN


Assalamualaikum..
Selamat petang..dah nak malam pun...:)

Dah minum petang ke? Mesti la dah kan..Sambil menunggu drama Tentang Dhia, kita layan Cheddar Cheese Muffin ni dulu la yer..Hari ni yus buatkan muffin untuk minum petang..Sebenarnya nak habiskan stok cheddar cheese dalam peti ais tu..Dan ini adalah kali pertama yus buat muffin..Sebelum ni memang tak berapa nak yakin buat muffin..Kena tunggu betul-betul yakin baru boleh cuba..hehe. Masa singgah kat dapur Abg Mat Gebu pagi tadi, yus ternampak muffin ni..Wahhh..tengok muffin ni pun dah nampak kegebuannya..:) Bila dicuba...dimakan..memang ternyata sedap dan gebuuu...terasa kenikmatan cheese sebenar. Terima kasih ye Abg Mat atas perkongsian resepi ni..yus minta izin share kat sini pulak yer..






CHEDDAR CHEESE MUFFIN


Bahan-bahan :
 
90 gram mentega berkualiti tinggi (s.c.s @ anchor)
70 gram gula halus @ castor
110 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
1 biji telur gred A

2 camca besar susu segar (yus tambah)
1/2 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
1/2 cawan parutan keju cheddar, asingkan sedikit untuk ditabur
50 ml air

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 175C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan. 

Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur dan putar hingga gebu. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan air dan susu segar hingga habis, biasanya tepung terakhir sekali. Putar rata. 

Tambah parutan keju cheddar dan esen vanilla, kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup, tabur sedikit keju parut atasnya dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan sebelum dihidang.