Thursday 22 December 2011

NASI TOMATO

(gambar ihsan : google)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Walllaaa..tayang menu kegemaran nampak..hehe :) Sebelum ni yus masak Nasi Tomato dengan menggunakan puri tomato, mengikut resepi mama tersayang. Selalunya Nasi Tomato ni kami makan dengan Daging Masak Kerutuk, Ayam Masak Merah dan Pajeri Nenas. Untuk resepi kali ni ada kelainan sedikit iaitu menggunakan buah tomato dan sos tomato. Tapi ianya tetap menyelerakan dan menepati citarasa yus sekeluarga. Bukannya susah untuk membuat nasi tomato, caranya lebih kurang sama je dengan nasi minyak atau beriani..cuma nasi tomato ni ditambah dengan buah tomato kisar dan sos tomato. Tapi kali ni yus hidangkan dengan lauk Ayam Masak Kandar dan Acar Mentah@Jelatah..

 

NASI TOMATO

Bahan-bahan :

500 g beras basmathi (dibersihkan dan direndam selama 10 minit dan ditoskan)
4 biji tomato (dikisar)
500 ml air
125 ml susu cair
3 sudu makan sos tomato kimball
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan minyak masak
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit kacang gajus (option)
sedikit kismis (option)
1 biji bawang besar (dihiris)
sedikit bawang goreng






Cara-cara :

Panaskan minyak sapi dan minyak masak dan tumis bahan menumis hingga wangi.
Masukkan beras dan goreng sekejap hingga rata.
Masukkan sos tomato, tomato kisar, air, susu dan daun pandan.
Tanak nasi seperti biasa.
Setelah masak taburkan buah gajus, kismis, bawang goreng.

No comments:

Post a Comment