Wednesday 18 January 2012

ROJAK BUAH / COLEK BUAH


Assalamualaikum dan selamat petang...

Petang ni yus buatkan rojak buah..Kebetulan ada nenas dalam peti ais..Mula-mula ingat nak buat aiskrim nenas malaysia..Tapi kehabisan esen nenas la pulak..terbantut perancanganku..hehe..Tak pelah, rojak pun rojak lah..yus minta suami belikan lagi buah jambu batu dengan mangga muda..Tak berapa nak berani lagi makan nenas banyak-banyak..Walaupun dah 8 bulan mengalami keguguran, tapi yus belum bersedia lagi untuk makan nenas..Ini pun suami yg habiskan nenas, yus juz makan jambu dgn mangga aje..

ROJAK BUAH

Bahan-bahan:
Buah Jambu Batu
Nenas
Mangga Muda

Bahan untuk Colek:
Cili padi segenggam (ikut citarasa,kalau mahu pedas,letak banyak)
1/2 kg gula perang
1/2 botol kicap pekat masin(saiz kecil)
1/2 botol sos cili(saiz kecil)
1/2 cawan cuka-ikut kesesuaian
2 sudu besar petis
1/2 gelas air
Kacang tanah yg telah digoreng & ditumbuk halus
Bijan

Cara-cara:
Kisar cili api bersama kicap dan cuka
Bahan yg dikisar tadi masukkan ke dalam periuk.
Masukkan sos cili, gula perang, petis dan air. Panaskan diatas api yg kecil.
Sentiasa kacau sehingga pekat.
Bila sudah pekat, matikan api. Masukkan bijan.
Siap dimakan bersama buah-buahan dan taburan kacang tumbuk.






NASI GORENG KAMPUNG


Assalamualaikum...

Menu tengahari tadi hanya Nasi Goreng Kampung..Alhamdulillah, tersangat lah kenyang..Menu simple je, senang nak buat dan yang pastinya tak mengecewakan..Kadang-kadang bila kita beli kat kedai, rasanya memang sedap, tapi penyediaannya belum tentu terjamin kebersihannya kan..Memandangkan ada lebihan nasi malam tadi, yus gorengkan untuk makan tengahari. Malam tadi sempat masak nasi je coz last minute dapat call daripada mak sedara jemput makan malam kat rumahnya..Ermmm apa lagi, bersiap ke Kota Bharu lah..Rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari..:) Jom kita layan resepi Nasi Goreng Kampung ini yer...

Bahan-bahan:
Nasi yg telah disejukkan (lebih kurang utk 3 org makan)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi hijau dan merah
Kangkung - dipotong dan dicuci
Perencah nasi goreng ADABI
Ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
Tumbuk kasar bawang merah, bawah putih, cili padi dan sedikit ikan bilis. Ikan bilis ni bukan yg digoreng tadi. Kemudian tumis bahan tumbuk ini sehingga kekuningan.
Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Masukkan nasi yg telah disejukkan tadi. Kacau rata.
Masukkan perencah nasi goreng adabi. Kacau rata.
Kemudian masukkan sayur kangkung sehingga layu. Masak sehingga nasi sedikit garing.
Hidangkan bersama bilis goreng, telur mata, salad dan timun.