Wednesday 28 December 2011

CURRY CHICKEN PIE


Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni, rajin pulak yus mencuba resepi baru. Bersemangat betul..hehe..Memandangkan loyang pie dalam almari tu tak pernah digunakan walaupun dah berbulan-bulan lamanya yus beli..Ni lah akibatnya kalau pergi kedai peralatan membaking, memang rambang mata dibuatnya. Semuanya yus nak beli..memang rasa tak sempurna hidup kalau tak beli apa-apa..hehe..So hari ni yus ambil kesempatan mencuba Curry Chicken Pie hasil selongkar dapur Kak Azlita..Gandingan ayam dengan rempah kari, dicampur pulak dengan kentang, cendawan dan mix vegetable..perghhh marvelous..!! Jom kita layan Curry Chicken Pie..


CURRY CHICKEN PIE
Adaptasi daripada resepi Chicken Pie
Sumber : Pu3bay dan Azlita Aziz

Doh :

230 gm butter
350 gm tepung gandum
secubit garam halus
1 sudu kecil gula halus
sedikit air ice


Gaulkan tepung dengan gula halus  dan garam hingga rata.
Masukkan butter. Butter ni pastikan dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil2 kalau ia macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.
Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan sedikit2 air ais. Masukkan air ais tu sesudu dulu kalau adunan dah boleh lembut dam mudah di bentuk dah tak payah letak air ais lagi kalau masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada dua.
Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam.

Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh.
Adunan pie yg dah siap ni kita balut balik dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais sementara kita buat lapik tutup pie pula.
Canai pula adunan yang satu lagi dengan kaedah yg sama.
Ini adalah untuk membuat penutup pie kita.
Potong dengan roller cutter anggaran 1 cm lebar dan panjangnya biarlah dapat menutupi pie tadi.

Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
Buat secara mengayam tikar iaitu berselang-seli.
Atau boleh bungkus sahaja permukaan pie tadi dengan doh yang kita canai nipis.


Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.




Inti Pie

1 biji kentang - potong dadu dan di goreng
2 ketul bahagian dada ayam - di potong dadu
mix vegetable
cendawan butang

Bahan Tumis

1 labu bawang besar  di dadu
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
gula - secukup rasa
garam - secukup rasa
1 sudu besar rempah kari
1 kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung - larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air

Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar bawang putih hingga naik bau.
kemudian masukkn bahan rempah kari dan ayam masak hingga ayam empuk.
Tambahkan stock ayam , garam dan gula secukup rasa.
Kemudian barulah masukkan kentang, cendawan butang dan mix vegetable.
Perasakan semuanya.
Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih sehingga menjadi pekat

Sejukkan inti pie.

Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit.
Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.

Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie.

No comments:

Post a Comment