Monday 24 October 2011

KARI IKAN TONGKOL


Resepi : Yusliza Lailatushalah

Bahan A :

1 ekor ikan tongkol
5 keping asam gelugor
1/4 gula melaka
2 sudu kecil garam kasar 
air

Bahan B :

8 ulas bawang merah
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 paket rempah kari ikan Adabi
2 sudu besar cili kering kisar
2 keping asam gelugor
10 biji cili padi merah dan hijau
santan
gula melaka
garam dan gula

Cara-cara :

Rebus bahan A sehingga masak, renihkan selama setengah jam. Biarkan semalaman.
Kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk.
Tumiskan bawang merah, lengkuas dan kunyit hidup yg telah ditumbuk kasar.
Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan pes rempah kari yg telah dicampur dgn cili kisar. Masak sehingga terbit minyak.
Masukkan santan dan asam gelugor. Kacau sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan tongkol tadi.
Masukkan cili padi.
Biarkan sehingga mendidih dan masukkan gula melaka.
Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan.






No comments:

Post a Comment