Sunday 1 January 2012

MUFFIN PANDAN


Selamat Tahun Baru 2012...


Doa awal tahun


Maksudnya:
Allah S.W.T berselawat keatas penghulu kami Muhammmad S.A.W., ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan keatas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Assalamualaikum...

Muffin Pandan atau apa-apa muffin sekali pun memang enak dimakan ketika panas. Bahannya pula ringkas tetapi lazat dimakan. Membuatnya pun amatlah mudah, tak banyak pinggan mangkuk diperlukan, ianya memudahkan kerja kita di dapur.  Hari ni yus buatkan Muffin Pandan hasil selongkar dapur Kak Izah. Kat dapur Kak Izah ni bermacam-macam muffin ada, donut pun pelbagai jenis donut..Pendek kata, macam-macam adaaaa....Muffin Pandan ni sangat sedap dan gebu..rasanya tak manis sangat, yang sedang2 aje..Untuk pengetahuan pengunjung Pinkitchen, ini adalah antara muffin yg top dalam simpanan Kak Izah..Resepi asal dari Kak Yatie Sinar Kehidupanku..Terima kasih Kak Yatie atas sumbangan resepi ini..Izinkan yus share kat sini ye..


MUFFIN PANDAN
Sumber : Kak Yatie

Bahan-bahan :
180g mentega (unsalted butter)
140g gula halus
2 biji telur
80ml susu segar
1 sk teh esen vanila
220g tepung gandum*
2 sk baking powder* (disatukan & diayak)
1 sk pandan paste

Cara membuatnya :

Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan putar lagi. Perlahankan speed dan masukkan tepung gandum berselang-seli dengan susu segar hingga habis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan paste pandan dan kacau rata. Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran, 3/4 penuh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan  dengan suhu 175c selama 20-25 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada oven masing-masing.

No comments:

Post a Comment