Sunday, 11 December 2011

APAM MEKAR PINK PUTIH


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Tengahari tadi masa singgah kat rumah Kak Yatie, yus nampak Apam Mekar..Amboiii mekar sungguh apam yang Kak Yatie buat..tengok bahan-bahan pun mudah dan caranya pula teramat lah ringkas, yus tak tunggu lagi..terus ke dapur godek-godek, sekejap je nak godek apam ni..Letak dalam mixer pastu main campak-campak je..hihi

Hasilnya memang mekar..Semekar senyuman seikhlas hati..Rasanya pun memang sedap sangat, lembut dan gebu!! Terima kasih kepada Kak Yatie dan tuan empunya resepi ni..Tak dinafikan lagi, memang dah ramai yang mencuba dan ada juga yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan..Alhamdulillah..Semoga empunya resepi ini diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt..Amin.. 




APAM MEKAR


Bahan-bahan :
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
-cara :
Panaskan kukusan.
Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
Bahagiakan adunan kepada 2.
Masukkan perwarna merah jambu dan 1 bahagian lagi tanpa pewarna.
Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap adunan.
Picitkan serba sedikit ke dalam acuan kertas yang telah diletakkan dalam acuan apam.
Kukus selama 15 minit.
Bila telah masak angkat dan hidangkan.

Saturday, 10 December 2011

PUDING ROTI BERKARAMEL


Assalamualaikum dan selamat petang...

Walaupun beberapa hari ni cuaca tak menentu, kejap hujan...kejap panas...itu semua adalah kenikmatan dari Allah swt kepada makhlukNya. Hujan adalah rahmat Allah, jangan dicela datangnya, terima lah dengan penuh syukur dan sabar. Oleh itu, persiapkanlah diri menerima rahmat Allah swt..

Dah minum petang..?? Menu apa untuk petang ni..?? Dah lama rasanya tak 'memuding' untuk minum petang. Asyik 'membaking' aje kejanya..badan suami pun dah macam terlebih baking powder dah sekarang ni..Kebetulan time lunch tadi encik suami mintak buatkan puding roti, katanya dah lama tak makan puding..kesian pulakk..hihi

Hari tu masa jalan-jalan kat DapurKu Sayang, yus ada terpandang Puding Roti Berkaramel..Betul-betul jatuh hati dengan hasil air tangan Kak Dj ni. Semua menu yang disediakan memang terbaikkk lah..Sekali lagi tergerak hati ingin mencuba resepi dari DapurKu Sayang ni. Menurut Kak Dj, resepi asal adalah dari Kak Rosaliza tapi telah diolah oleh beliau sendiri..Setelah dicuba memang berbaloi-baloi sedapnya...lebih sedap bila dimakan sejuk..Alhamdulillah yus dan suami amat berpuas hati. Terima kasih Kak DjDayangJack..Yus minta izin share kat sini pulak ye..:-)


Puding Roti Berkaramel


Bahan-bahan :

Untuk karamel :
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas


Cara-cara :
Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Untuk Puding :
3 keping roti sandwic (disiat-siat)
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis boleh tambah lagi)
1 sk esen vanilla
3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih)


Cara-cara : 
Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. 


Friday, 2 December 2011

KEPAH MASAK MERAH BERSERAI



Assalamualaikum...

Sempena di pagi Saiyyidul Ayyam ini membawa keberkatan kita semua dalam meneruskan kehidupan seharian. Alhamdulillah, kerana masih dipinjamkan lagi nyawa untuk hari ini. Selawat dan salam atas junjungan..semoga mendapat keberkatan di pagi Jumaat yang mulia ini.

Mungkin ramai yang telah menikmati kepah masak merah atau lala masak merah atau yang sewaktu dengannya. Disebabkan baru-baru ni kami menjamu selera di Tanjung Lumpur, Kuantan dengan bermacam hidangan antaranya Lala Masak Serai. Bila dah balik rumah terbayang-bayang pulak keenakkan lala tu..terasa nak makan lagi..lagi..lagi dan lagi. Tetiba semalam encik suami belikan kepah..Kepah pun kepah lah, asalkan rasanya lebih kurang sama je dengan lala. Hari ni kiranya tercapai lah hajat dihati..

Bermula lah aktiviti jalan-jalan cari resepi kat dapur Masam Manis, selongkar punya selongkar akhirnya dapat jugak resepi Lala Masak Merah Berserai. Resepi asalnya adalah Udang Masak Merah Berserai oleh Pak Engku dan telah diolah oleh Kak Ita sendiri..Tapi disebabkan ini kepah, jadilah Kepah Masak Merah Berserai. Alhamdulillah resepi ni tak mengecewakan yus dan suami..sedap dan terasa keenakkan kepah dan kuahnya tu..Dah jadi menu kegemaran kami berdua. Terima kasih kepada Kak Ita kerana sudi berkongsi resepi yang marvelous ni. Yus minta izin share kat sini pulak ye..

Kepah Masak Merah Berserai

Sumber : Pak Engku & Azlita Aziz

1 kg kepah dicuci bersih
6 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
10 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar
2 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos tiram
3 helai daun limau purut
3 batang serai - dititik
200 ml air
100 ml minyak masak
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis
1 biji cili - dihiris

Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar hingga naik minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan serai, tumis lagi hingga garing.
Tuangkan sedikit air masukkan daun limau purut dan kiub ikan bilis. Biarkan hingga mendidih.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah agak pekat.
Masukkan kepah , kuatkan api, tutup kuali dan biarkan ia masak anggaran 5-10 minit. Buka tutup kuali kacau sebati. Akhir sekali masukkan cili hiris, daun ketumbar dan daun sup. Tutup api dan siap untuk hidangan.

MOIST CHOCOLATE CHEESE CAKE


Moist Chocolate Cheese Cake

Bahan A :
1 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
Semua bahan di atas dimasak dengan api perlahan hingga semua sebati dan biarkan sejuk.

Bahan B :
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu KFC soda bikarbonat
1 sudu KFC baking powder
Semua bahan di atas diayak bersama.

Bahan C :

4 biji telur Gred B
1 sudu kecil esen vanila
Blend hingga kembang

Cara-cara :
Satukan bahan B & Bahan C ke dlam Bahan A secara berselang-seli

Gaul sebati dengan menggunakan spatula/senduk
Bila dah sebati, tapiskan dan ketepikan.

Untuk Lapisan Cheese :
250gm cream cheese philadelphia
25gm tepung gandum
20ml air
30gm gula kastor
2 sudu teh tepung jagung
2 sudu besar jus lemon
2 biji telur Gred A


Masukkan semua bahan dlm mangkuk adunan kecuali telur. Pukul higga kembang dan gebu
Masukkn telur satu persatu dan pukul sehingga sebati

Masukkan 1/2 adunan kek dlm loyang dan kukus selama 10 minit sehingga masak
Masukkan pula 1/2 adunan cheese tadi. Kukus selama 7-10 minit
Tuang lg baki adunan kek coklat.. kukus lg 10 minit
Tuang baki adunan cheese tadi. Buat jalur dgn lebihan kek coklat td..guna pencungkil gigi dan tarik..kukus sampai masak.

Thursday, 17 November 2011

NASI AYAM PENYET


Untuk Ayam :
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dgn halia dan 5 ulas bwg putih.
Toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup) 
½ sudu besar Jintan Manis - goreng tanpa minyak hingga naik bau 
½ sudu besar Jintan Putih - goreng tanpa minyak hingga naik bau 
3 sudu besar biji ketumbar - goreng tanpa minyak hingga naik bau 
1 sudu besar rempah kari ayam 
1 sudu besar serbuk kunyit 
½ sudu besar serbuk lada putih 
3 ulas bawang putih 
1cm halia 
sedikit air 
1 sudu kecil garam 
Minyak masak untuk menggoreng 

Untuk Sambal :
Sedikit minyak masak 
10 biji cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) 
10 biji cili padi 
10 biji bawang merah - dihiris 
3 biji bawang putih - dihiris 
5 biji tomato -  potong 4 
5cm belacan 
3 sudu ikan bilis 
3 sudu gula merah dan garam secukup rasa 


Cara-cara :

Untuk Ayam Penyet : 
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap 2 jam
Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing

Untuk Sambal : 
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. 
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. 
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. 
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. 
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. 
Masukkan gula merah dan gaul rata. 
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan

Untuk Sup : 
Masukkan kiub pati ayam, garam gula secukup rasa pada air rebusan ayam
Masukkan carrot dan sengkuang 
Masak sup sehingga mendidih
Tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng pada sup semasa disajikan.

Ulam-ulaman :
Daun salad
Daun selom
Kacang Botol
Ulam raja
Kubis
Timun
Sedia dihidang bersama nasi putih.





JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


Bahan-bahan :

250g cream cheese
50g butter
100 ml fresh milk
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
6 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam halus
60g tepung superfine/tepung kek
20g tepung jagung
140g gula pasir
1/2 sudu kecil cream of tartar 



Cara-cara :

Cairkan cream cheese, butter dan fresh milk dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan.

Untuk merinque :  Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan cream of tartar. Pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). 

Untuk adunan kek : Dalam bekas lain, pukul kuning telur sampai kembang, kemudian masukkan cream cheese yg dicairkan td. Pukul sampai gebu. Matikan mixer.
Masukkan tepung superfine/tepung kek sedikit demi sedikit dgn kaedah kaup balik. Guna spatula utk kacau adunan.
Kemudian masukkan merinque td. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan kek ke dlm loyang berukuran 8 inci.
Panaskan dahulu oven. Bakar kek secara double boiler kira-kira 1 jam 10 minit dgn suhu 160c dan guna api bawah selama 1 jam. Manakala 10 minit lg pasang api atas bawah.


Monday, 14 November 2011

BAKED MACARONI



Resepi Asal : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
 3 cawan makaroni (direbus ala dente* dan toskan)
 150 g daging cincang
2 ulas bawang putih (dicincang) 
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil) 
1 tin kecil puri tomato
 sedikit sos cili 
sedikit sos tomato 
sedikit garam 
1 sudu besar mentega
1 capsicum hijau - yus tambah
1/2 tin mushroom - yus tambah
Sos Putih : 
2 cawan susu segar (yus gantikan dgn susu cair) 
1 sudu besar mentega 
sedikit lada sulah 
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air) 
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju 
sedikit garam dan gula 
lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :

Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging cincang dan kacau hingga airnya kering. 
Barulah dimasukkan puri tomato. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, capsicum, mushroom, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. 

Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu cair. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.

Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt

**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.