Thursday 17 November 2011

NASI AYAM PENYET


Untuk Ayam :
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dgn halia dan 5 ulas bwg putih.
Toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup) 
½ sudu besar Jintan Manis - goreng tanpa minyak hingga naik bau 
½ sudu besar Jintan Putih - goreng tanpa minyak hingga naik bau 
3 sudu besar biji ketumbar - goreng tanpa minyak hingga naik bau 
1 sudu besar rempah kari ayam 
1 sudu besar serbuk kunyit 
½ sudu besar serbuk lada putih 
3 ulas bawang putih 
1cm halia 
sedikit air 
1 sudu kecil garam 
Minyak masak untuk menggoreng 

Untuk Sambal :
Sedikit minyak masak 
10 biji cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) 
10 biji cili padi 
10 biji bawang merah - dihiris 
3 biji bawang putih - dihiris 
5 biji tomato -  potong 4 
5cm belacan 
3 sudu ikan bilis 
3 sudu gula merah dan garam secukup rasa 


Cara-cara :

Untuk Ayam Penyet : 
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap 2 jam
Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing

Untuk Sambal : 
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. 
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. 
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. 
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. 
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. 
Masukkan gula merah dan gaul rata. 
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan

Untuk Sup : 
Masukkan kiub pati ayam, garam gula secukup rasa pada air rebusan ayam
Masukkan carrot dan sengkuang 
Masak sup sehingga mendidih
Tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng pada sup semasa disajikan.

Ulam-ulaman :
Daun salad
Daun selom
Kacang Botol
Ulam raja
Kubis
Timun
Sedia dihidang bersama nasi putih.





No comments:

Post a Comment