Friday 16 December 2011

MEE BANDUNG


Assalamualaikum...


Salam hari jumaat..penghulu segala hari. Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur dan masih dapat menatap wajah suami tercinta. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan nikmat ini..Tengahari tadi yus sajikan Mee Bandung, kadang-kadang buntu jugak memikirkan menu apa yang nak disajikan untuk makan tengahari walaupun suami yus tak cerewet bab makan ni..Apa yang dimasak, semua dia makan aje..Sebagai seorang isteri, semestinya kita nak sediakan menu yang menyelerakan untuk suami tercinta..

Bila tengok kat blog masakan ni banyak la pulak resepi mee bandung, pelbagai cara mengikut citarasa bloger-bloger. Apa yang pasti semuanya nampak menyelerakan. Mula rasa serba salah nak cuba yang mana satu..Akhirnya yus buat pilihan nak buat mee bandung cara kakak ipar kepada Kak Ita (Masam Manis). Ini kerana semua resepi yang pernah dicuba dari blog Kak Ita ni alhamdulillah tak menghampakan yus. Memang sedap mee bandung ni, kami makan sampai tambah-tambah..hehe. Ok, jom kita intai resepinya..

MEE BANDUNG

Tulang dan daging - direbus
4 biji kentang - potong bulat2 nipis, digoreng kemudian diblend
Bahan kisar :
30 tangkai cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 cwn udang kering - direndam dan dikisar

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos cili
2 kiub daging
1 buku gula melaka (yg kecil)
garam dan gula secukup rasa

udang  
sotong
fishball
tomato dibelah 4
karot
bunga kubis
telur - yus guna telur puyuh yang direbus





Bahan yg dimakan bersama :
daun sawi - di celur
mee kuning
daun sup n daun bawang
bawang goreng
tauhu goreng





Panaskan minyak 1 senduk
Tumis bahan yg dikisar hingga naik bau dan garing.
Masukkan kentang yg telah dikisar masak hingga sedikit garing.
Masukkan daging dan air rebusan tulang masak hingga mendidih.
Masukkan kiub daging, sos tomato, sos cili, sos tiram dan gula melaka.
Masak hingga gula larut.
Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang, sotong, fish ball dan masak hingga sedikit pekat.
Akhir sekali masukkan karot, dan bunga kubis.
Sedia untuk dihidangkan.

1 comment: