Tuesday 13 December 2011

BLENDED ORANGE CAKE


Assalamualaikum dan selamat petang...

(gambar : google)

Rasanya semua orang tahu bahawa buah-buahan mengandungi khasiat yang pelbagai. Tapi tahukah kita mengenai khasiat buah oren terhadap kesihatan kita? Vitamin C? Ya, oren adalah sumber yang kaya dengan vitamin C. Namun, bukan itu saja. Tahukah kita bahawa:

  • Oren mengandungi Beta Carotene, iaitu antioksida yang berkuasa memelihara kesihatan sel-sel kita. 
  • Oren mengandungi Kalsium, yang kita mungkin sudah maklum akan fungsi dan kepentingannya terhadap membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Otak kita memerlukan asid folik untuk membesar dengan baik yang dibekalkan dalam buah oren.
  • Tekanan darah juga dapat diseimbangkan dengan magnesium yang dibekalkan oleh buah oren.
  • Demi menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan memelihara keseimbangan elektrolit dalam tubuh, potassium dalam buah oren dapat membantu.
  • Makanan yang kita ambil dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan thiamin yang terkandung dalam buah oren.

Tips penting:

Kulit buah oren yang bewarna putih sebenarnya mengandungi vitamin C yang lebih banyak berbanding isi buah oren itu sendiri. Jika kita ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun agak pahit, namun ini demi kesihatan kita juga. 




Mak aiii...satu rumah bau orange..sampai ke luar baunya..Sebenarnya semalam lagi duk pendam nak buat kek ni, memandangkan buah orange dah 3 hari dalam peti ais tu..Kebetulan petang semalam yus keluar, minum petang just beli goreng pisang dengan keropok lekor jer..senang, balik rumah bancuh tea panas je..hehe

Kek ni agak lembab dan lembut sangat. Terasa kesedapan orennya..Nak membuatnya pun tersangat lah mudah..tak perlu pakai mixer pun. Bagi yang tak ada mixer, boleh lah mencubanya. Hanya guna blender aje..Senang kan! Yang penting dapur pun tak bersepah..hehe. Resepi kek ni yus ambil dari dapur Kak Ita..boleh dikatakan setiap hari yus singgah kat dapur Kak Ita ni. Semua hasil dari air tangan Kak Ita tidak boleh dinafikan lagi, memang terbaikkk..Tabik spring!!
Jom kita layan resepi Blended Orange Cake ni..


Blended Orange Cake

Bahan-bahan :

1 bji buah orange dan 1 biji lagi parutan kulit orange
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan gula halus

3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1 sudu besar orange sunquick



Cara-cara
:

Cuci buah orange, potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah orange kecil-kecil bersama kulitnya sekali.

Masukkan kedalam blender bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.

Bakar pada suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak dengan menggunakan api bawah.



No comments:

Post a Comment