Tuesday 1 November 2011

BINGKA ROTI PANDAN LAICI


Resepi : Notabilia
Sumber : Azlita Masam Manis (Puding Roti Pandan Cocktail)
Olahan : Yusliza Lailatushalah

10 keping roti gardenia (
canai nipis dulu, kemudian gulung)
200 ml santan - (yus gantikan dgn susu cair)
200 ml air
1 tin buah laici - ditoskan airnya
1 cawan gula
4 biji telor (buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh pes pandan
sedikit pewarna hijau
 
Sediakan loyang empat segi dan gris loyang dengan sedikit butter

Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan/susu cair, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
Kemudian rendamkan gulungan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang
Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
 Kemudian taburkan buah laici yang ditoskan airnya terlebih dahulu.
Balut tutup loyang dengan aluminium foil
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit.
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.

SOS KASTARD
1/2 tin susu cair
1/2 cawan air
secubit garam
1 sudu besar kastard

Masak semua bahan dalam periuk atas api yang sederhana hingga kuah pekat.

Angkat dan biarkan sejuk
Sedia untuk di hidangkan bersama bingka roti pandan laici.

No comments:

Post a Comment