Saturday, 13 August 2011

KUIH LOPES


JOM MELOPESSS....

Bahan-bahan (utk bentuk hati ni, yus dpt 11 ketul)

1 1/2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair (sukatan santan biar separas dgn beras pulut yg digunakan)
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 sudu kecil air kapur
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam

bahan utk air gula melaka:
2 ketul gula melaka
2 sb gula (mengikut citarasa)
1 1/2 cawan air

Cara-cara:

Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.

Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang ke dlm acuan kegemaran. Biarkan sejuk,kemudian golekkan dalam kelapa parut.

Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.


Wednesday, 10 August 2011

NASI MINYAK HUJAN PANAS



Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air…jika beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau lebih bergantung kpd jenis beras
1 cawan susu cair
3  sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1/2 kiub pati ayam
1 helai daun pandan } disimpul
1/2 cawan kismis
pewarna-hijau, kuning, merah



Cara-cara:

Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan rempah tumis bersama bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia yg dimayang. Goreng hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan daun pandan, air dan susu.
Kemudian masukkan kiub pati ayam.
Bila mendidih, masukkan beras.
Bila nasi hingga kering, cucuk 3 warna tadi dengan sudu di tempat yg berlainan.
Tanak hingga masak, gembur-gemburkan supaya warna tadi sekata.
Tabur kismis dan gaul rata.

PERCIK IKAN KELI

Assalamualaikum...

Ada sape2 kat sini tak kenal ikan keli?? Meh sini nk tunjuk...hehe


(gambar oleh pakcik google)




Bahan-bahan:

5 ekor ikan keli - diperap dgn garam dan kunyit..selepas itu dibakar.

Utk bahan kuah percik:

4 cawan santan
5 ulas bawang merah
2 inci halia
3 sudu besar cili kisar
2 batang serai - diketuk
1 asam keping
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh bersama air.


Cara-cara:

Kisar bawang merah, halia dan cili kisar.
Kemudian campur bahan kisar td dgn santan dan masukkan asam keping dan serai.
Masak dgn api perlahan sampai pekat.
Masukkan sedikit air yg dibancuh dgn tepung jagung.
Perasakan dgn garam dan gula.
Apabila sudah masak, lumurkan sedikit kuah percik pd ikan keli yg telah dibakar td dan bakar sekali lagi.


Tuesday, 9 August 2011

KUIH TEPUNG PELITA


Bahan-bahan:

Bahan A: (Lapisan Bawah - Hijau)

1 1/2 cwn tepung beras
7 cawan air
2 1/2 cawan gula pasir
daun pandan
pewarna hijau

Bahan B: (Lapisan Atas - Putih)

1 cawan tepung beras
4 cawan santan pekat
sedikit garam


Cara-cara:

Bahan A tu, campur semua sekali.
Masak di atas api perlahan hingga likat.
Bahan B pulak, sama jer... campur semua dan masak di atas api perlahan hingga likat.
Sudukan Bahan A dulu, baru lapiskan atas Bahan B.
Kemudian kukus selama 5 minit.
Sejukkan dalam peti ais.







Monday, 8 August 2011

NASI PADPRIK AYAM

Assalamualaikum...

Pejam celik..pejam celik..sudah seminggu lebih kita berpuasa..alhamdulillah masih dipanjangkan umur di bulan yang mempunyai banyak kelebihan ini..kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini..Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya:
* puasa mendekatkan diri dengan Allah.
* puasa menyelamatkan seseorang dari neraka.
* puasa menjanjikan syurga.
Semoga amalan kita sehari-hari diterima dan diberkati oleh Allah s.w.t..aminn...

Amboiii..dah macam ustazah lah pulak..hehe..berbalik kpd menu utk berbuka hari nie, yus masak nasi padprik ayam, puding keju, bubur biji nangka dan jus carrot susu..macam byk lah pulak..nanti sape nk habiskan nih..sape lg kalo bkn kami berdua..hehe..nasib baik lah mr.hubby jenis yg suka makan..semua dia sapu bersihh..hehehe..ok lah tu kan..hari ni yus kongsi resepi utk nasi padprik ayam dulu ye..penat nk menaip lewat mlm ni..ni pun asik duk jeling2 kat bilik...manis je tgk bantal dgn selimut tu..hehe..maklum la pukul 4 pagi nk bangun masak utk sahur lak...:)


NASI AYAM PADPRIK





Bahan-bahan:

1 ketul dada ayam - dipotong kecil.
1 biji lobak merah - dipotong ikut citarasa.
kubis bunga
kacang panjang
baby corn
1 labu bawang besar
2 biji tomato
2 sb kicap pekat
5 sb sos tomato
5 sb sos cili
3 sb sos tiram
2 helai daun limau purut
1 btg serai dititik
1 biji limau kasturi diambil jus
5 biji cili api diketuk
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 cwn air (dicampur dgn 1 sk tepung jagung)
1 kiub pati ayam
1 sk cili kisar
minyak masak


Cara-cara:


Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi.
Masukkan cili kisar hingga sedikit garing.
Masukkan ayam dan kacau rata..masukkan juga sedikit air utk mengelakkan ayam melekat kat kuali..
Masukkan kicap pekat, sos tomato, sos cili, sos tiram dan kiub ayam. masak hingga didih.
Masukkan sayur yg telah dipotong td dan kacau rata.
Masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air td.
Apabila telah mendidih, masukkan daun limau purut dan kacau rata.
Masukkan jus limau dan tutup api.
Sedia dihidangkan dgn nasi putih..










Friday, 5 August 2011

KETAM MASAK LEMAK CILI API



Bahan-bahan :

1 kg ketam
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar cili kisar (cili kering pn blh)
5 biji cili api
2 batang serai – diketuk
1 biji kelapa – diambil santan
1 asam keping (xnk letak pn xpe..)
Garam dan gula. 


Cara-cara :

Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, cili api dan juga cili kering.
Masukkan ke dalam periuk dan campurkan dgn santan.
Masukkan serai.
Masak sehingga kuah mendidih.
Masukkan ketam..masak sehingga ketam masak dan mendidih utk kali kedua.
Perasakan dgn garam dan gula.
Sedia utk dihidangkan..

PUDING BALQIS

(Sumber : K.Nor Secubit Garam)

 Bahan-bahan :

1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2


Cara-cara :


Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.
Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
Sendukkan adunan puding ke dalam acuan utk dijadikan lapisan pertama. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan lapisan pertama betul2 keras dan cakar dgn garfu. Kemudian sendukkan adunan puding utk lapisan kedua dan seterusnya.
Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.