Sunday, 9 October 2011

TRIFFLE PUDDING


Resepi : Yusliza Lailatushalah

Bahan-bahan :

1 bungkus kek swiss roll
1 kotak kecil konnyaku jelly perisa strawberry
1 tin fruits cocktail
1 tin susu cair
4 sudu besar tepung kastad
2 senduk kecil gula
1 gelas air



Cara-cara :

Potongkan kek swiss roll dan susun ke dalam bekas kaca
Taburkan buah cocktail ke atas kek tadi
Masak konnyaku jelly mengikut arahan yg telah disediakan dan tunggu suam sedikit dan curahkan ke atas buah cocktail tadi
Biarkan jelly mengeras
Campurkan susu cair, jus buah cocktail, gula dan tepung kastad yg dibancuh dgn air dan masak sehingga mendidih dan likat
Tuangkan kastad ke atas jelly td
Hiaskan dgn buah kiwi dan ceri merah
Biarkan sedikit suam dan masukkan ke dalam peti sejuk.



Tuesday, 4 October 2011

IKAN MASAK ASAM MANGGA MUDA


resepi : Yusliza Lailatushalah

3 ekor ikan selayang - disiang, dicuci dan digaul dgn kunyit dan garam dan digoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
3 ulas bawang putih - diketuk
1 cm halia - dimayang
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
  8 biji cili api - dibelah 2
1 biji tomato - dibuang biji dan dipotong kecil
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 biji mangga muda - disagat kasar
air asam jawa secukupnya
garam & gula secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan air asam jawa dan masak hingga didih. Perasakan garam dan gula.
Kemudian masukkan cili api, cili hijau, cili merah, tomato, bawang besar dan mangga muda.
Akhir sekali masukkan ikan biar seketika hingga kuah menyerap dan sedia dihidangkan.


MEE JAWA


Sumber : Buku Masakan Popular Malaysia

Bahan-bahan:

3 sb minyak
8 ulas bawang merah - dikisar
8 ulas bawang putih - dikisar
2 cm halia - dikisar
2 cm lengkuas - dikisar
1 batang serai - dikisar
2 sb cili kisar- dikisar
2 liter air
400 g keledek (dikupas, direbus & dilecek/ kisar)
500 g udang (dibuang kulit, direbus & ditumbuk)
2 sb tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
1 sk serbuk lada hitam
garam & gula secukupnya

Bahan Sampingan :
  
500 g mee kuning - dicelur
250 g tauge - dicelur
daun bawang & daun sup - dihiris
2 keping tauhu (digoreng & dihiris)
4 biji telur (direbus & dibelah dua)
4 biji limau kasturi
3 biji cili merah dan hijau (dihiris nipis)


Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan air sambil dikacau sekali-sekala sampai mendidih.
Bubuh pula keledek, udang dan campuran tepung jagung.
Renehkan sampai pekat. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula.
Untuk menghidangkannya, bubuh mee di dalam mangkuk. Taburkan bahan sampingan lain.
Tuangkan kuah dan sajikan panas-panas.


Saturday, 1 October 2011

KEK COKLAT KUKUS


resepi : Yusliza Lailatushalah

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas (jgn panas sgt)
4 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula
½ tin susu pekat manis

         Ayak gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat.
         Pukul telur dgn gula hingga kembang.
         Masukkan susu pekat manis – kacau rata.
         Masukkan minyak jagung – kacau rata. 
        Masukkan air panas – kacau rata.
        Masukkan tepung yg diayak sedikit demi sedikit.
-         Masukkan dlm Loyang…kukus 45 minit hingga 1 jam…(kalau guna acuan lompang, masukkan ¾ penuh..kukus selama 20 minit)


Utk topping:
1 kotak kecil susu coklat dutch lady
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil tepung jagung

Campur semua bahan dan kacau sebati.
         Masak atas api kecil sampai likat.
         Tunggu kek sejuk dan curah atas kek (topping kena panas)

Friday, 23 September 2011

KEK KARAMEL


Resepi Asal : Munirah Baharum
Sumber : Kak Ita Masam Manis


Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir


Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Bahan Karamel:
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur


Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
Adunan Kek Bahan 1:
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak


Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2:
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque:
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2


Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pink, kemudian 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan oren di tengah-tengah lapisan hijau.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Wednesday, 14 September 2011

APAM POLKADOT


Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula castor
1 cawan fresh milk
3 biji telur sejuk dr peti ais
1 sudu kecil ovellete
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
filling blueberry
pewarna pink
paper cup
acuan lompang

Cara-cara:

Pukul telur, gula dan ovelette dengan kelajuan max sehingga kembang dan menjadi putih.
Masukkan esen vanilla, susu segar dan tepung (yg telah diayak bersama2 baking powder) dengan kelajuan minimum.
3/4 drpd adunan diletakkam warna pink.
1/4 lagi plain (utk dibuat dot2)
Masukkan warna pink td ke dalam piping bag.
Susun acuan lompang dalam loyang. Letakkan papercup di dalamnya.
Picitkan adunan ke dalam papercup.
Letakkan filling secukupnya. Filling ni kita masukkan juga dalam piping bag supaya mudah kita nak letakkan atas adunan tadi.
Picit lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh .
Kemudian masukkan adunan plain td dalam piping bag dan dot-dotkan di atas adunan pink td.
Panaskan kukusan dan tutup kukusan dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis atas apam.
Pastikan api sederhana panas.
Kukus apam tadi selama 10 - 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.Hidangkan ketika panas :)

Sunday, 14 August 2011

AGAR-AGAR COKLAT BERSUSU



Resepi : K.Nor Secubit Garam

Bahan Lapisan Coklat:

8 gm agar-agar tali (strand)- basuh dan toskan.
3 cawan air
1/2 cawan gula (ikut citarasa sendiri ye)
1/3 cawan serbuk koko (yus guna tudor gold)

Cara-Cara:

Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan serbuk koko, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
Tuangkan dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nanti.


Bahan Lapisan Susu:

8 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
sedikit esen vanila

Cara-Cara:

Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut.
Masukkan susu sejat dan esen vanila. tapiskan.
Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidang sejuk2.